Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Semua tahu bahawa pelanggan amatlah penting. Ini tidak kira samaada online atau offline. Katakan anda memiliki kedai baju misalnya. Kebetulan pelanggan anda lalu kekedai anda dan membeli baju. Kemudian pelanggan tersebut pergi, adakah anda yakin bahawa pelanggan tersebut akan datang semula? mungkin itulah kali terakhir pelanggan tersebut datang kekedai anda. Kenapa terjadi begitu?
1. Kedai baju lain lebih dekat dengan tempat tinggal mereka?
2. Mereka tidak mengetahui apa-apa produk terbaru dikedai anda?
3. Mereka sama sekali sudah lupa, kebetulan terlalu depan kedai anda?
4. Kedai lain menawarkan harga lebih menarik?
5. Tidak sempat menjalinkan kemesraan dengan mereka?
Baiklah itu situasi dimana mereka yang saya maksudkan adalah pelanggan yang telah lari. Anda bernasib baik kerana pelanggan datang kekedai anda samada sengaja atau secara tidak sengaja. Manakah pilihan lebih baik?
1. Menunggu pelanggan mencari anda
2. Anda mencari pelanggan
Jika anda menunggu pelanggan tanpa mencari mereka maka tunggulah segelintir yang datang dan pergi. Kenapa pelanggan sering datang ketempat anda?
1. Mereka mendapat layanan yang baik?
2. Mereka bekerja sebelah kedai anda?
3. Mereka kenalan anda?
Apapun ada satu cara yang sangat baik untuk anda praktikkan. iaitu mengingatkan mereka tentang kedai anda. Sebab itulah munculnya,
1. Business card, agar pelanggan mudah merujuk jika barang ingin dibeli berkaitan dengan anda,
2. Email bagi memudahkan penyebaran maklumat tentang apa yang terbaru di kedai anda
Bercakap mengenai email, saya menggalakkan anda menyimpan setiap email pelanggan anda, saya sarankan anda menggunakan perkhidmatan yang sah dan bukan spam.
Spam/Spamming bermaksud anda mengumpulkan email seseorang tanpa kebenaran dan kemudian menggunakannya untuk menhantar mesej kepada mereka tanpa dikehendaki.
Bagaimana caranya supaya anda dapat memungut email dengan cara sah dan bukan spam. Mudah sahaja, anda perlu ada laman web dan satu borang untuk memasukkan nama dan alamat email dan juga butang untuk suscribe (melanggan e-info). Sekiranya pelanggan anda datang kelaman web anda dan berminat untuk suscribe, diatas borang suscribe anda nyatakan bahawa anda sebulan sekali akan memberikan info menarik kedalam email mereka. Jika mereka setuju, mereka akan mengisi nama dan alamat email lalu menekan butang suscribe. Dengan cara ini email tersebut akan disimpan kedalam database email bersama email-email yang lain. Dengan cara ini anda boleh menghantar email kepada mereka secara sah.
Ada cara untuk membuat mereka minat memberikan email mereka. Caranya berikan mereka benda berguna secara percuma contoh video, resepi dan sebagainya. Beri tawaran kepada sesiapa yang suscribe atau mahu benda percuma tersebut perlu suscribe terlebih dahulu dan email automatik akan menghantar email untuk download benda tersebut.
Saya ini menyarankan anda memilih aweber.com